Thursday, April 4, 2013

Ku Cari Damai Abadi




Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Thursday, February 7, 2013

18th birthday...



08-02-1995 it's my birthday. Alhamdulilah ya Allah, Engkau beri peluang utk aku lahir kedunia & Engkau berikan aku peluang ke 2 utk hidup semasa aku sakit . Terima kasih mak, sebab lahir kan yusuf ke dunia , terima kasih juga jaga yusuf mase sakit sehingga sihat, n esk genap 18 tahun aku hidup kat dunia :-D.  hehe.


aku tak mengharap sambutan hari lahir dari keluarga mahupun rakan2, cuma sekadar ucapan penghargaan sudah memadai untuk ku mengharungi hidup ini.


Kita yang mengharungi hidup ini, yang penuh dengan mehnah (ujian) dan tribulisasi, yang penuh pancaroba, turut akan tersimbah dengan pengharapan, merasakan masih ada yang memberikan perhatian, dan memahami bahawa kita tidak hidup keseorangan. 


Sambutan hari lahir, tidak nampak kita sendirian bukan ?....


Sambutan hari lahir hukumnya adalah harus.. 

Apa yang perlu kita lakukan adalah, tidak mencampurkan perkara2 yang haram di dalamnya. Jangan ada makanan yang haram. jangan ada tindakan2 yang haram. 
Jangan ada pembaziran n sebagainya.


Mari kita renungkan sejenak.. 

Bagaimana kita boleh biarkan hari lahir
kita berlalu begitu sahaja ?...
Tanpa kita berhenti sebentar, dan bermuhasabah
terhadap umur kita yang telah 
berlalu, apa yang telah kita lakukan, 
berapa banyak sumbangan kita kita kepada umah ?..


Menyambut hari lahir akan menjadi satu ibadah, 
bahkan titik muhasabah buat kita. 
Untuk mengingatkan kepada kita, bahawa hari lahir bukanlah bermakna
semakin panjang usia kita. Tetapi hakikatnya, semakin dekatnya masa untuk 
kita kembali kepada-Nya. 


Kita perlu menyambut hari lahir.
Untuk kita beringat-ingat akan mengapakah kita dilahirkan di atas muka bumi ini.
Mari buat anjakan paradigma. 
Orang beriman itu luar biasa. 
Maka sambutan hari lahirnya juga pastinya luar biasa. 
Bukannya sia-sia semata. 




SeLamAt HaRi LahIR :-D. Hehe.. 





Wednesday, January 16, 2013

ku dihalaman rindu :-(


ya allah, kenapa perasaan ni dtg tanpa diundang ?.... perasaan ni sentiasa hadir dlm hati ku. hoho.. :-D. ayat, jiwang hbs. hehe..

Kalau rindukan seseorang baca Al Fatihah sambil tangan didada & berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia rasa rindu kita padanya. 





baca yasin jugak utk si dia, x bermakna yasin itu untuk dibaca mlm jumaat & mse org nk meninggal dunia, yasin byk kelebihan nye, nk periksa baca yasin, letak air kat depan, then minum n mcm2 lgi la kelebihan surah yasin. Yasin is hati al-quran, serahkan hati kpd allah, semoga si dia dpt merasai kerinduan kite. i have nice song about "rindu" by lefthanded. lagu rock, tpi prkataan dlm lgu tu jiwang , ni la jiwang rock jambu gitu. hehe... i like this song very much.




ok la, see you tommolow blog. nk baca al-quran dulu. 
Ya allah, sunyi kan la aku bersamamu.... 

kat rumah dua org je mlm ni, perihara la keselamatan kami Ya Rab. 

Tuesday, January 15, 2013

15-01-2013


salam :-) ...


hri ni pagi2 lagi dah busy. siram bunga , basuh baju , cuci pinggan , kemas rumah, jadi bibik bagai, huhu.. 

by 12 o'clock semua keje dah siap. rehat kejap , then solat sunat dhuha & solat hajat. tpi yg sedihnye x sujud lme pun mse solat hajat tu, lupa sgt. lps tu main game bola , then tgk cite 2012 , bpe kali dah tgk cite tu, tpi x bosan-bosan. penat main game, tido . huhu. Bangun2 je mak bakar ikan siakap with sambal asam jawa , mkn tambah2. Alhamdulilah, kenyang. tpi lps tu biase lah, dah kenyang gi tandas. phm2 la, sakit perut :-( mak punye sambal pedas sgt, tpi sedap :-D. 

ptg smlm perut ku tertunai laksam & laksa , beli kat taman sg.kantan , org kelate yg jual. sdp jugak la laksam & laksa dia. pelik2 je mengidam laksam & laksa , mcm org mengandung gitu. 


cite "hingga hujung nyawa" kat tv3 tu mcm best la. nk lyn la cite tu kat ceritamaster.com




Sunday, January 13, 2013

jadi cikgu today 14-01-2013. hehe..


lme dah x update blog, hehe.. bru bpe hri je x update, dah kate lme. huhu.. maklum la, jadi atlet utk beberapa hari, sibuk main badminton & pingpong. BEST tpi penat... Yeah :-D. today jadi cikgu la. haha.. just kire mrkh utk pljr matrik PRINCIPLES HEALTH MANAGEMENT. pening jugak jadi cikgu ni, kire markah and transfer mrkh pun dah jadi pening2 lalat :-(. tpi jadi cikgu ni besar la pahala & pekerjaan yg sgt mulia, dapat dunia & akhirat. dunia dpt gaji, akhirat dpt pahala, setiap ape yg cikgu ajar, murid nye amalkan, cikgu dpt pahala. kan untung tu ?.. ilmu yg bermanfaat :-D. blh la jadi kan 2nd cita2 selapas my 1st ambition to be doctor soon. insya allah.. Amin.. 


Ape nk wat a ?.. boring la. sunyi , sepi , alone , sendiri, lonely soldier boy. semua ade :-(. haha.. 

ok la , out dulu. esk jumpe lgi ye blogspot. pasword dah jumpe, blh la hri2 update. hehe.. 

ok, good bye. salam :-) :-) :-)

Friday, January 11, 2013

cuti panjang ....

cuti ni x tau nk wat ape. asik main game je , dengar lgu lama (mat jiwang) haha.

jadi suri rumah sepenuh masa, tpi tanpa gaji . haha.. sedih. x pe lah, help my moy & my mom angkat wat keje umah. 
1)cuci pinggan,benda yg paling simple :-). 
2)siram bunga, byk bunga kene siram.. ah!... streess, lgi2 kene berperang ngan nyamuk yg x de belas kasihan hisap darah org, tau la darah manis :-D. 
3) vakuum & kemas bilik ku yg bersepah. biase la, bilik bujang, mesti la bersepah, mcm kapal pecah pun ade. hehe... 
4) basuh kain. amik kain, masuk washing machine, tunggu sejam, then jemur kat ampaian, tunggu kering, angkat, lipat, ltk dalam almari. selesai ...
5) masak ?.. pandai nye masak yusuf. haha. masak maggi & air je pun. hoho.. boleh jugak msk benda lain, tpi x de la sesedap mak masak. hehe..
6) tidoooooo.. the most thing i like. haha.. entah la, plik jugak. tido awl, tpi x blh pulak nk qiam tgh2 malam ke ape. bgn kol 5 utk solat isyak, then bce al-quran skjp, tido blk. bgn solat subuh, pastu terus jadi bibik. seronok jugak jadi bibik ni, but me bibik moden la, bibik high class gitu. haha.. ape la gaye hidup aku ni, kene ubah la, nk gaya hidup rasulullah. solat dhuha waktu pagi, tido skjp sblm msk waktu zohor, solat awl waktu, solat witir sblm tido, bce al-quran, qiam. best nye klu rasulullah hidup pada zaman ini, sekurang-kurangnye dpt la bimbingan daripada baginda.


alhamdulilah, dah lepas spm. semoga result spm ku ok, atleast semua lulus pun x pe. Hanya mampu berdoa & bertawakal selepas usaha yg gigih. Yakin pada Allah :-). Sesungguh nya allah suka org2 yg bertawakal slps berusaha. 






Sunday, August 12, 2012

Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya



Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal



Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. 

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian ...





Ya Allah , berilah ku kesempatan untuk  bertemu malam lailatu qadar pada tahun ini dan tahun yang akan datang.. Amin ..