Sunday, August 12, 2012

LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA


LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA

♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru.
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu.
Allah tidak pernah janjikan matahari tanpa hujan.
Allah tidak pernah janjikan kebahagiaan tanpa kesedihan.
Allah tidak pernah janjikan kejayaan tanpa perjuangan.
Kadang kita dapatkan kilat, petir dan badai tapi bukankah kita tahu ada pelangi setelah hujan?

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan.
Allah janjikan Rahmat dalam ujian.
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran.
Allah janjikan keteguhan dalam perjuangan.
KEEP SMILE AND SPIRIT ^__^
Senyum ketika kita kehilangan sesuatu kerana Allah telah menyediakan yang terbaik.
Senyum ketika keadaan membuat kita terpuruk kerana Allah akan mengubah kesedihan dengan suka cita.
Senyum ketika orang menyakiti kerana kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.
Tetaplah tersenyum dan bersuka cita kerana pertolongan Allah sudah dekat.


LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA
Jangan bersedih Allah bersama kita.





No comments:

Post a Comment