Saturday, August 11, 2012

Salam

 kesunyian la pulak ...  layan perasaan. Hehehe...

Baiklah, sunyi, sepi, keseorangan, semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ia merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih.

Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit. Natijahnya, kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Apabila aku diterpa sunyi, aku akan pergi ke pantai. Memandang laut yang membiru dan langit yang terbentang luas, kerinduan aku terubat jua. Ketika sepi bertandang, aku selalu melihat bintang di langit. Perasaan aku akan jadi lega serta-merta.

Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hati gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling. Mungkin, semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa.

Justeru itu, marilah kita timbal semula, renungkan sejenak. Bila diri kesunyian dan kesepian, sejauh manakah kita mengingati Yang Maha Pencipta? (^_~)





No comments:

Post a Comment